Tenaga batin suami isteri amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga.Suami yang gagah bagaikan arjuna dan isteri yang mantap bagaikan bidada...

Makanan Tenaga Batin Suami Isteri

Tenaga batin suami isteri amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga.Suami yang gagah bagaikan arjuna dan isteri yang mantap bagaikan bidadari.Barulah hubungan lebih nikmat dan lebih seronok.

Nak tahu tak ?

Kalau nak tahu saya kongsikan info untuk makanan tenaga batin suami isteri hasil dari pembacaan saya ke atas beberapa blog.

Menurut blog Butter Kicap berikut ialah makanan yang sangat bagus diambil.Khasnya untuk mereka yang inginkan tenaga batin untuk dikagumi oleh pasangan masing-masing.

Boleh cuba.

Jangan malu-malu untuk perkara kebaikan.

1.Kacang bendi

Sayur yang saya kenali sebagai 'Finger Lady' ini mempunyai vitamin dan zat galian seperti vitamin A, C, K, B6, folat, zink, zat besi, potasium dan magnesium.

2.Tongkat ali

Herba yang sudah sedia dimaklumi oleh kaum lelaki untuk tenaga.Tongkat ali berfungsi untuk  meningkatkan level hormon testeron untuk memastikan tubuh badan segar dan kuat.Ehem!

3.Kayu manis


Saya kalau masak ayam wajib ada kayu manis.Rupa-rupanya kayu manis boleh memanaskan badan baik kepada isteri ataupun suami.Bila badan dah panas tentulah keinginan untuk 'bersama' akan membara.

4.Bawang putih

Tak sangka walaupun bawang putih mempunyai bau yang kurang enak tetapi boleh memberi khasiat melancarkan darah.Tatkala darah semakin lancar mengalir pastinya 'keris taming sari' suami terpacak selalu.

5.Cili

Siapa makan cili dia akan rasa pedas.Memang betul kerana cili ada bahan-bahan yang boleh memberi rasa sensasi pada kulit dan sentuhan.Dengan sentuhan romatis tak susah 'pintu gua' boleh terbuka.Suami pula hanya perlu mendayung penuh  bergaya.

6.Pisang

Ada individu yang nakal sering mengaitkan pisang dengan bentuk organ sulit lelaki.Tak baik begitu.Buah pisang sebenarnya ada sejenis enzim iaitu bromelain yang meningkatkan tenaga batin dan memberikan ransangan asmara yang tinggi.Wow!

7.Cokelat

Saya secara semujadinya suka makan cokelat.Namun belum mampu nak beli selalu.Rupa-rupanya cokelat ada bahan kimia feniltilamin.Bahan ini membangkitkan rasa cinta dan mencintai kepada pasangan untuk beraksi di kamar.Cukup.Jangan lebih-lebih.

Selepas kita mengetahui makanan yang bagus untuk tenaga batin suami dan isteri,jom kita selongkar pula pantang larang untuk kaum lelaki.

Jika boleh berpantang dengan perkara tersebut,saya percaya kelakian anda akan semakin kekar dan mengujakan.Tidak hairan sang isteri menyayangi sang suami sepenuh hati.




Info ini saya perolehi dari blog Maskulin.

1.Jangan minum air berais

Memang tidak dinafikan air yang berais dan sejuk seperti salji sangat nikmat untuk tekak.Namun awas kerana minuman berais akan melembikkan 'burung' lelaki.Akibatnya boleh rasa ngilu ketika beraksi bersama isteri pada malam Jumaat.

2.Jangan amalkan makanan sejuk beku

Kadang-kadang kita sayang nak buang makanan yang tak habis makan malam.Akibatnya kita simpan dalam peti ais.Keesokannya kita panaskan balik.Namun kesan dari cara ini akan menyebabkan 'burung' suami akan muntah awal sebelum penghujung cerita.Agak mengecewakan kalau berlaku.

3.Jangan makan berulam air.

Maksudnya selepas makan terus mimum air.Makan lagi dan minum lagi.Kesannya barang suami akan mudah rasa ngilu terutama pada bahagian 'batang berjuntai' tu.Tak best la kalau begitu.

4.Jangan makan kepak ayam

Kalau pergi ke restoren Uncle janggut putih akan ada seorang gadis cantik bagi tawatan menarik.Nak peha atau nak dada.Sebaiknya pilih sahaja peha dan dada sekali gus.Jangan pilih sayap ayam kerana menurut kepercayaan boleh melemah keris taming sari sang arjuna.

5.Jangan minum air selepas 11.00 malam

Dikatakan boleh melemahkan pinggang dan mendatangkan penyakit serta sengal badan.Betul atau tidak saya tidak pasti.Cuma kalau tidak haus buat apalah nak minum air.Kecuali haus kepada belaian pasangan anda maka saya tiada nak komen apa-apa.

Rasa belum puas pulak pencarian saya terhadap infomasi berkaitan makanan untuk batin suami isteri.

Lantas saya membaca pula blog Seri Cinta.

Berikut ialah amalan baik untuk mereka yang mengutamakan kebahagiaan rumahtangga khususnya dalam hubungan suami isteri.

1.Jangan makan terlebih kenyang

Perut yang sentiasa penuh dengan makanan akan melemahkan batin.Menurut catatan blog tersebut perut yang sering lapar akan menambahkan kekuatan batin.Ikut logiknya macam betul kerana orang yang berbadan ideal mempunyai keupayaan berasrama jauh lebih baik dari mereka yang obesiti.Betul ke atau tidak saya tak berani komen lebih-lebih.

2.Memakan makanan yang banyak sumber zink

Unsur zink menambahkan sel darah merah.Sel ini berfungsi untuk melancarkan sistem reproduksi.Secara tidak langsung tenaga batin  badan boleh bertambah baik dan berada pada tip top.Kalau dah begitu keadaanya, apa-apa posisi hubungan badan tidak akan ada masalah tau!

3.Makan buah-buhan segar

Buah pisang,buah epal dan anggur sangat bagus untuk kesihatan.Lebih-lebih lagi untuk kesihatan batin agar lebih tegak mencanak,lebih juicy dan kekenyalan pada tempat yang tidak boleh saya sebutkan dalam artikel ini.Kalau faham tak pe.

4.Elakkan makanan segera

Sebabnya makanan ini penyumbang kolestrol tidak baik.Badan yang tinggi kolestol akan melemahkan tenaga batin.Berlebihan  kolestrol juga menjemput  'gang and group' penyakit ke dalam badan.Nak sihat jaga kesihatan dengan pengawalan makanan secara teliti.

5.Amalkan pengambilan vitamin c dan sumber protien susu

Gabungan dari dua elemen ini akan meningkatkan sistem pertahanan dan antibodi badan.Senang cerita,badan sihat dan tenaga batin meningkat.Kurangkan juga pengambilan daging merah walaupun ia adalah sumber utama kekuatan batin.Terlalu kuat tenaga batin tanpa kawalan diri boleh juga mendatangkan mudarat kepada diri dan pasangan.

Kesimpulan.

Makanan tenaga batin suami isteri bukan bertujuan untuk aktiviti kelamin semata-mata.Objektifnya lebih dari itu yakni membina kesihatan yang optima.

Badan yang sihat bermula dengan pemakanan yang berzat.

Tentulah tidak keterlaluan saya mendoakan pembaca yang singgah di blog Urat Sihat agar lebih kuat dan nikmat sepanjang hidup mereka sebagai suami dan isteri.

Jika nak tahu lagi boleh juga tengok kisah suami melalui banner bawah ini.



6 ulasan:

  1. Thanks for the info..
    Bila umur dah masuk 4 series..memang harus lebih menjaga kesihatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesihatan adalah nikmat yang akan susut dengan peningkatan umur.

      Padam
  2. Ooo kepak ayam pun tak boleh makan yer. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh bro..

      kepak ayam adalah tempat kena injek hormon pembesaran ..

      masalahnya bukan kita yang besar..

      kita jadi 'lembek' nanti.

      Padam
  3. oh hoooo kepak ayam pun x boleh...bkn x boleh kn tp kn kurangkn...bkn hari2 mkn kepak ayam ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau perempuan boleh la disekali sekalakan..

      lelaki kalau nak elak dari makan kepak ayam memang terbaik la

      Padam