Hai semua, Ada sesiapa yang tak suka makan buah.Kalau saya memang suka cuma jarang nak membeli setiap hari. Dalam laporan daripada pihak...

Kurang Makan Buah

Hai semua,

Ada sesiapa yang tak suka makan buah.Kalau saya memang suka cuma jarang nak membeli setiap hari.

Dalam laporan daripada pihak Fama dikatakan rakyat Malaysia makan buah dengan perkapita hanya 63kg sahaja setahun.


Pihak WHO pula menyarankan kita makan buah dalam lingkungan perkapita 400kg dalam setahun.

Perbandingan angka ini menunjukkan budaya rakyat Malaysia amat kurang makan buah-buahan.

Haraplah dengan membaca info ini saya semakin suka untuk memakan buah.

Tak kisah buah tempatan atau buahan import.

Kalau buah tempatan lagi la bagus.

 

24 ulasan:

Hai semua, Maaf terlebih dahulu,sebab saya nak kongsikan sesuatu yang kurang sopan bagi sesetengah orang.iaitu informasi  akibat kurang se...

Akibat Kurang Senggama

Hai semua,

Maaf terlebih dahulu,sebab saya nak kongsikan sesuatu yang kurang sopan bagi sesetengah orang.iaitu informasi akibat kurang senggama.Informasi ini hanya sah digunapakai bagi pasangan suami isteri yang sah sahaja.

Belum sah belum dapat pakai la.

Kalau faham kita teruskan sahaja.

Tujuan perkahwian memang untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita dalam semua aspek kehidupan termasuk hubungan senggama.

Namun begitu akan berlaku masalah kesihatan kalau kurang bersenggama.

Jika terlebih pun sama.

Dalam artikel ini saya nak berkongsi info akibat kurang senggama sahaja.Lain-lain info yang berkaitan  akan saya kongsikan pada masa yang lain pula.Itupun kalau ada info yang saya rasa menarik untuk dikongsikan

Akibat kurang senggama


1.Antibodi berkurangan

Pasangan yang sangat kurang melakukan hubungan senggama akan mudah sakit.Sistem pertahanan badan atau antibodi kurang lancar.

2.Sentiasa stress

Kerap melakukan senggama akan menurunkan stress kepada suami isteri.Ketika hubungan senggama dilakukan badan akan lebih tenang dan dan rileks setelah orgasma berlalu.Kurang senggama maka lebih stress..

3.Ejakulasi pramatang

Hubungan senggama yang sangat kurang akan menyebab suami mudah ejakulasi.Mereka tidak mampu menahan terlalu lama kerana rasa sensasi terlalu tinggi  pada alat sulit.Jadi cuba untuk kerapkan senggama agar suami mampu mengawal diri dengan lebih baik.

4.Cinta berkurangan

Apabila hubungan badan berkurangan rasa sayang dan cinta turut sama berkurangan.Pasangan akan merasakan diri mereka diabaikam atau mengabaikan.Lama-lama perkahwinan akan hancur juga.

5.Kanser Prostat

Sejenis kanser yang amat ditakuti oleh kaum lelaki.Cara untuk menghindarkannya dengan cara paling mudah ialah melakukan hubungan senggama.Pendek kata jangan biarkan "air penuh" terlalu lama.

6.Vagina kering

Akibat tiada aktiviti senggana yang terlalu lama kemungkinan dinding vagina akan kering.Keadaan ini akan menyebabkan rasa kurang selesa.Mungkin juga mengurangkan kenikmatan pada hubungan badan itu sendiri.

Penutup

Sekarang tiada alasan untuk mengabaikan kepentingan melakukan senggama dalam rumahtangga.

Memang tidak dinafikan kesibukan dan keletihan bekerja seharian menjadi alasan untuk mengelak dari aktiviti tinggalan nenek moyang kita ini.

Dulu-dulu moyang kita melakukan dengan rela hati dan mengapa sekarang anak cicit mereka enggan melakukan dengan penuh kerelaan.

Sama-sama kita fikirkan.

21 ulasan:

Hai semua, Saya sudah perbaharui domain blog mrhanafi dot com .Domain yang sudah "mati"selama 3 minggu kini sudah hidup kembali....

Mati Hidup Kembali

Hai semua,

Saya sudah perbaharui domain blog mrhanafi dot com.Domain yang sudah "mati"selama 3 minggu kini sudah hidup kembali.Cuma belum stabil.Ada masa ok.Ada masa tidur lagi.

Info tersebut benar setakat catatan ini ditulis.

Sebetulnya saya tidak juga terasa dengan kehilangan blog tersebut kerana kehadiran blog baru ini.

Cuma sayang pada lebih 500 artikel  yang telah saya tulis sejak tahun 2015 lagi.Artikel-artikel yang ditulis sendiri memang memberi rasa kepuasan.Jika ditulis dengan cara "copy and paste" sudah pasti rasa puas itu tidak sama.

Mungkin ada yang nak tahu.?

Penting sangatkan ke kepuasan menulis blog berbanding income dari blog.



Jawapannya dua-dua.

Menulis lebih puas.Perolehi income dari blog pun puas juga.

Namun kalau tak tulis blog pun boleh juga dapat duit.

Contohnya jual cucur pisang atau kerja cuci pinggan mangkuk di restoren.

Mungkin ada juga yang nak bertanya ?

Apasal lambat nak renew domain sehingga blog mati begitu lama ?

Jawapannya terletak pada soal duit.

Noktah.

Alhamdulillah domain blog dah dibayar dan pakej hosting telah pun di "upgrade".

Saya telah melabur sejumlah duit untuk blog tersebut kerana minat dan melihat potensi untuk jana income lebih baik pada masa yang akan datang.

Cukup setakat ini dulu.

Dah tak sabar juga nak tulis dalam blog mrhanafi.com

Jumpa lagi dan terima kasih semua.



23 ulasan:

Hai semua, Saya ada berita baik untuk kaum wanita yang sudah berusia.Satu info yang saya perolehi baru baru ini berkaitan menopaus.Kini ad...

Terapi Hormon Menopaus

Hai semua,

Saya ada berita baik untuk kaum wanita yang sudah berusia.Satu info yang saya perolehi baru baru ini berkaitan menopaus.Kini ada cara untuk mengatasinya dengan terapi hormon menopaus.

Dalam erti kata lain biarpun sudah menopaus namun aktiviti malam jumaat berjalan seperti biasa.Mungkin lebih hebat dan lebih hangat.Tak rugipun jika hubungan suami isteri semakin bahagia ketika meniti usia senja.

Maksud menopaus ialah wanita putus haid.Mereka akan mengalami gejala seperti berikut.

1.Rasa kulit terbakar

2.Berpeluh projek malam

3.Tidur kurang lena

4.Kekeringan Mrs V



Memetik laporan portal berita mynewshub.cc pada 23 Mac 2018, hanya 7 peratus sahaja yang mengambil rawatan terapi hormon menopuas.Sedangkan rawatan terapi ini sudah diperkenalkan pada peringkat global sejak tahun 1940-an lagi dan semakin popular dari tahun 1960-an.

Di Malaysia belum digunakan secara meluas terapi hormon menopuas.Itupun hanya pada golongan para doktor dan para jururawat.

Dr Ho Choon Moy iaitu Presiden Persatuan Menopaus Malaysia menyarankan kaum wanita untuk segera mendapat rawatan tersebut dalam lima tahun awal menopaus.Rasionalnya untuk mengesan dan mengawal penyakit golongan wanita menjelang usia emas.

Jika terlambat  menggunakan terapi homon menopaus dikhuatiri meningkatkan risiko kanser payu dara.

Bak kata lagu Shidee "Sayang semuanya sudah terlambat"

Semasa rawatan awal terapi hormon menopause kaum wanita dihendaki mendapatkan pemeriksaan setiap bulan.Selepas itu secara berkala 6 bulan sekali sehinggalah setahun sekali.

Cas yang dikenakan untuk rawatan terapi hormon menopaus dalam lingkungan RM50 sehingga RM100 di hospital atau klinik swasta.Nak jimat pergilah hospital kerajaan betul tak ?

Menurut Dr Ho Choon lagi golongan wanita yang ada gejala atau sejarah perubatan kanser dan penyakit memang dilarang menggunakan hormon ini.Tentunya boleh memdatang risiko kesihatan yang tidak diingini.

Penutup

Sebenarnya tidak kira lelaki atau wanita apabila usia sudah tua pelbagai nikmat kesihatan semasa muda akan beransur hilang.

Redha sahaja dan cuba berlapang dada.Hargai setiap detik berlalu dengan hati yang tenang sementara menunggu panggilan pulang.

Sebelum dipanggil pulang alangkah bagus perbaiki amalan solat terlebih dahulu.

11 ulasan:

Hai semua, Mungkin peminat Min-Woo masih berdukacita dengan berita kematiannya akibat serangan penyakit jantung.Ketua kumpulan K-Pop 100 %...

Min-Woo Meninggal Dunia

Hai semua,

Mungkin peminat Min-Woo masih berdukacita dengan berita kematiannya akibat serangan penyakit jantung.Ketua kumpulan K-Pop 100 % ini dilapor meninggal dunia dalam usia yang amat muda iaitu 33 tahun.

Kumpulan 100% yang popular dengan lagu 'Beat', 'Want U Back' dan 'U Beauty', telah ditonton lebih satu juta kali di YouTube manakala video single terbaharu mereka 'Song For You' dimuat naik di YouTube Februari lepas.

sumber : Twitter/@100per_Global

Begitulah hukum alam.Maut menjemput tidak kira siapa anda.Tak kira tua atau muda.Popular atau langsung tidak dikenali.

Yang lebih menakutkan meninggal dunia dalam keadaan penuh dengan dosa tatkala belum sempat bertaubat.

Sama juga dengan penyakit.

Kadang-kadang kita berpandangan hanya orang gemuk dan obesiti sahaja ada penyakit sedangkan orang yang slim dan tubuh badan ideal pun boleh terkena penyakit.

Penutup

Saya berpendapat tidak perlu kita terlalu khuatir dengan ragam kehidupan.Apa yang perlu cuma ingat 5 perkara berikut sebelum tiba 5 perkara begini.

Nak lebih mudah, beringat sebelum kena.

1.Sihat sebelum sakit

2.Muda sebelum tua

3.Kaya sebelum miskin

4.Lapang sebelum sibuk

5.Hidup sebelum mati.

Itu sahaja kali ini.

Jumpa lagi dan terima kasih.





19 ulasan:

Hai semua ! Dalam artikel ini saya nak berkongsi 7 tips untuk elak terkena jangkitan selsema ketika dalam penerbangan.Tak kira jarak jauh ...

7 Tips Elak Jangkitan Selsema Dalam Penerbangan

Hai semua !

Dalam artikel ini saya nak berkongsi 7 tips untuk elak terkena jangkitan selsema ketika dalam penerbangan.Tak kira jarak jauh atau jarak dekat.Kita mungkin sihat.Namun ada penumpang lain yang kurang sihat ada dalam penerbangan juga..

Tentunnya kita tidak mahu berkongsi selsema.Kalau berkongsi kasih itu bab lain.

Alangkah kurang nikmatnya jika ketika melancong, kita pulak kurang sihat.Lebih-lebih lagi kalau melancong untuk berbulan madu atau mengerjakan umrah.Buat itu dan ini pasti tak kena.

Mudah-mudahan info yang saya komgsikan ini ada manfaatnya untuk pembaca.

Saya tulis seringkas yang boleh namun mengekalkan mesej asal.Cuma kadang-kadang bahasa dan ayat yang saya gunakan ini agak 'nakal' sedikit.


Inilah dia tipsnya

1.Minum air putih bersih yang secukupnya

Sebelum nak berlepas boleh minum air kosong minima 500ml.Dalam pesawat udara kering dan boleh menyebabkan terhidrat.Kurang air boleh jadi demam,pening kepala,selesa dan batuk.

2.Jauhi duduk dengan orang yang terkena selsema

Jika penerbangan tersebut tidak penuh dengan penumpang boleh mohon tukar tempat duduk yang lain.Carilah krew cabin yang cantik dan hensem tersebut untuk bantuan segera.

3.Duduk berhampiran dengan tingkap

Sekali lagi tengok keadaan juga.Sekiranya ada peluang pilih tempat duduk ditepi tingkap.Dapat elak bersentuh dengan dengan penumpang yang terkena selsema.Kalau sengnaja nak sentuh penumpang lain saya tak berani nak komen apa-apa.

4.Guna pelindung muka

Bahasa lainya "facemask".Penggunaan pelindung muka sangat bagus untuk melindungi kita dari terdedah kepada sebarang virus dan selsema orang lain.Lagi digalakkan kalau kita sudah kena selsema untuk menggunakannya.Tidaklah orang lain terjangkit disebab kita sebagai pembawa selsema.

5.Cuci tangan sempurna

Tangan kita banyak mengutip bakteria di mana-mana.Mana tidaknya kita menyentuh tempat-tempat yang nenjadi perkongsian orang ramai.Misalnya meja,tonbol pintu dan sebagainya.Kekerapan mencuci tangan tmenjamin kesihatan secara efektif.

6.Kelembapan lubang hidung

Ada banyak caranya.Salah satu dengan menghidu air panas.Selain itu boleh juga menggunakan Vaseline bagi memastikan rongga hidung sentiasa lembap.

7.Menjaga kebersihan makanan

Makan dalam pesawat merupakan nikmat.Jika makanan dah sejuk yang dihidangkan kita boleh memohon untuk tukar yang lain.Begitu juga kalau makanan yang memangnya sejuk,pastikan berbungkus dengan sempurna.

Penutup 

Kesemua 7 tips yang saya kongsikan di atas bukanlah muktamad untuk elakkan selsema.Jika kurang bernasib baik sudah tentu terkena selsema juga.

Saya masih suka kepada pepatah Arab "mencegah lebih baik dari mengubati"

Sekian.Hingga jumpa lagi.


Terima kasih

8 ulasan:

Hai semua, Bayangkan jiran kita.Sebelah rumah.Maaf bukan ahli keluarga,Dia alami kerosakan kekal otak yang berpunca dari dadah. sintetik...

Kerosakan Kekal Otak

Hai semua,

Bayangkan jiran kita.Sebelah rumah.Maaf bukan ahli keluarga,Dia alami kerosakan kekal otak yang berpunca dari dadah. sintetik.

Sungguh kasihan dan salah siapa tu ?

Penyalahgunaan dadah sehingga kini belum dapat dibanteras secara total.Selari dengan perkembangan semasa,dadah mengalami perubahan yang amat pesat.

Jika dulu kita biasa mendengar dadah tradisional seperti candu, atau ganja.Kini sudah beralih arah ke dadah sintetik yang popular dengan pelbagai panggilan seperti pil estacy,nospain dan sebagainya.

Dadah sintetik juga dikenali sebagai "drug party".Pengambilannya untuk kehidupan sosial yang sudah semestinya amat bertentangan dengan ajaran Islam.



Memetik kenyataan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Datuk Nur Jazlan Mohammed, dadah sintetik amat berbahaya kerana memberi kerosakan kekal pada otak hantu dadah tersebut..

Harga dadah sintetik lebih murah menyebabkan hantu dadah boleh memdapatnya dengan mudah.Namun mereka tidak sedar tindakan mereka itu akan memusnahkan kehidupan mereka sendiri.

Bayangkan ibu dan bapa telah menjaga mereka sejak baru lahir tetapi bila sudah besar telah mencampakkan diri ke dunia kebinasaan.

Apabila mereka ini menjadi hantu dadah adakah mampu berbuat kebaikan kepada ibubapa dan masyarakat ?

Penutup 

Sama-sama kita fikirkan dan jangan biarkan dadah sintetik menghancurkan otak kita yang genius dan bergeliga ini.

Mungkin golongan hantu asli bertepuk tangan setelah melihat manusia menjadi hantu akibat pengaruh dadah sintetik ini.

Sama-sama kita elak diri dari pengaruh dadah ini tak kira dadah tradisional maupun sintetik.

9 ulasan:

Hai semua, Sekali lagi saya menggunakan blog ini untuk cerita hal peribadi.Apa boleh buat.Saya pinjam dulu sebelum blog utama saya kembal...

Sangkaan Tercicir Rupanya Duit Dah Kena Kebas 'Toyol'

Hai semua,

Sekali lagi saya menggunakan blog ini untuk cerita hal peribadi.Apa boleh buat.Saya pinjam dulu sebelum blog utama saya kembali pulih awal bulan hadapan.

Saya sama sekali tidak menyangka dalam diam-diam ada lagi toyol zaman sekarang ini.Toyol tersebut telah menghilangkan sejumlah duit bajet terakhir saya.

Jika toyol ini tahu saya orang susah mungkin tak sampai hati nak kebas duit.Mungkin berfikir banyak kali dan menangis teresak-esak dibucu katil.

Biarpun jumlahnya tidaklah sebesar mana namun amat bermakna kepada saya buat masa ini.Duit tersebut adalah bajet untuk saya ke majlis Islam selasa depan dan bajet untuk makan minum sehingga hujung bulan.

Beginilah alkisahnya

Setiap malam saya ada membuat balancing bajet dan rekodkan ke dalam MS Excel sebagai latihan pengurusan kewangan.

Wang tunai keluar dan wang masuk [ sebulan sekali] akan saya pantau berhati-hati.Setiap sen yang dibelanjakan saya rekod dengan lengkap.

Tiba-tiba malam kejadian saya mendapati 'cash shortage' sebanyak RM70.Puas saya belek dan korek dalam beg tak juga jumpa,

Akhirnya otak saya membuat andaian duit saya tercicir ketika membeli barang keperluan tempohari.Mungkin kesilapan saya suka sangat 'dreaming' siang dan malam.Padan muka saya sendiri.

Pada malam tersebut saya berlapang dada.Saya doakan sesiapa yang menemui duit itu berasa gembira dan saya niatkan sedekah untuknya.

Dalam hati berkata,inilah cara terbaik Allah bagi teguran kepada saya kerana sikap kurang bersedekah.

Saya tidur dengan lena walaupun terdetik dalam hati bagaimana nak survive dengan wang berbaki RM21.30 sehingga menunggu hari gaji pada hujung bulan ini Mac 2018.

Kredit : Vimeo

Keesokan harinya saya liat.nak bangun pagi Fikiran masih belum move on setelah kehilangan RM70.Bagi orang berduit jumlah ini berada di celah gigi sahaja.Untuk saya lain ceritanya.

Alhamdulillah saya teruskan juga puasa sunat Khamis walaupun bersahur dengan meneguk air kosong.Pada mulanya memang nak menjamah roti tetapi selera pandai merajuk.

Balik dari surau saya singgah di gerai menjual roti.Dengan harapan inilah menu utama saya sementara menunggu gaji.

Duit dalam tangan berbaki RM18.30 selepas membeli roti tersebut.

Pada pagi itu saya bertugas seperti biasa.Saya memulakan rutin harian.

Saya begitu beria-ria dengan bajet RM18.30 untuk 10 hari.Duit itu saya akan beli roti sebanyak 4 bungkus sebagai juadah 3 kali sehari.

Menjelang Zohor saya mandi.Seperti biasa saya keluar bilik sewa tanpa berkunci.Beg duit saya sorok ditempat yang selalu saya letak hampir sama setiap hari.Saya letak dalam beg pakaian yang terbuka zip untuk memudahkan saya menyimpan.

Selesai mandi yang tak sampai pun 10 minit saya,terus memeriksa beg duit.

Masya Allah !

Duit dalam dompet saya hilang RM15 lagi.Kini baki yang tinggal cuma RM3.30.Pada waktu tersebut, barulah saya sedar ada toyol mencopet duit saya.

Toyol ini masih ada hati perut.

Kalau tidak, pasti dompet duit saya habis kena kebas sekali.Hilang Kad Pengenalan dan kad bank lagi lah menzalimi diri saya yang 'hensem' la sangat nie.

Saya bernasib baik juga telefon 'cap ayam' dan dua laptop  tidak kena sembat.Saya panjatkan kesyukuran.Tak pelah saya hilang RM85 sebagai harga kecuaian dan prasangka baik saya terhadap manusia lain.

Harga ini akan saya tebus dengan berhati-hati pada masa yang akan datang.

Saya berdoa agar toyol itu segera insaf dan menyesali perbuatan zalimnya.Dalam masa yang sama saya belajar redha dan menganggap apa-apapun barang dalam dunia ini bukan kita punya.

Saya sempat Google bagaimana nak buat si pencuri 'panas' selepas berbuat aniaya terhadap kita.Ada cara baik dan cara yang tidak baik.

Cara nak 'panaskan' pencuri

Hanya cara baik saya kongsikan la ya.

1.Baca surah Yasin terutama 7 ayat Mubin

2.Baca ayat ke 16 surah Luqman sebanyak 116 kali.

3.Membaca "Yaa Khaaliq" sebanyak 500 kali. Lebih utama dibaca tengah malam setelah solat hajat 2 rakaat.

4.Setelah itu berdoa agar barang yang hilang dapat segera ditemukan kembali

5.Niatkan sebagai sedekah untuk kafarah dosa.In shaa Allah akan diganti berlipat kali ganda,

Sebagai makluman, saya tak sampai hati nak panaskan 'toyol' tersebut.Kalau betul-betul toyol tak kisahlah.

Mungkin toyol ini terdesak kerana kos hidup yang amat mencabar sekarang.Kalau toyol faham hukum Islam mungkin tak berani nak mencuri kerana boleh kena potong tangan jika sabit kesalahan.

Penutup

Semuanya Allah punya dan dipinjam sekejap cuma.Bila-bila masa boleh diambil kembali oleh tuan punya yakni Allah Yang Maha Esa.

Anggap sahaja peristiwa ini sebagai ujian keimanan dan ketakwaan.Dengan bersabar dan redha in shaa Allah kita dapat kembali menemui fitrah kehidupan.

Sekian sahaja dan jumpa lagi.

20 ulasan:

Hai semua! Saya dalam dilema juga.Nak tulis secara serius atau santai infomasi ini.Jika serius macam baca portal berita pulak.Kalau santai...

Kanser Rahim Akibat Pil Perancang

Hai semua!

Saya dalam dilema juga.Nak tulis secara serius atau santai infomasi ini.Jika serius macam baca portal berita pulak.Kalau santai macam bukan perkara serius.

Jadi inilah hasil.

Pil perancang diambil oleh kaum isteri sebagai langkah pencegahan kehamilan yang tidak diingini.Namun ada yang berpendapat kesan pengambilan pil perancang boleh menyebabkan kanser rahim

Benar atau tidak informasi tersebut,saya cari jawapan untuk pembaca.



Menurut Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2018 menyatakan memang benar.Kajian terdahulu mendapati ramai pengidap kanser rahim akibat pengambilan pil perancang berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Teori berlakunya kanser rahim ini kerana pil perancang ada mengandungi hormon.Tindak balas hormon ini menyebab permukaan rahim membentuk kanser.

Sungguhpun begitu kaum wanita janganlah panik kerana berita baiknya kanser rahim dapat diatasi sekirannya diketahui lebih awal.

Sebab itu jangan memandang ringan ujian saringan Pap Smear dalam usaha untuk mengenalpasti kesihatan dalaman wanita.

Jika si isteri menderita kanser rahim secara tidak langsung si suami turut menderita.

Malam-malam yang akan dilalui kurang berseri dan tidak bererti lagi.

Tak pelah kalau sudah 80 tahun ke atas.Kalau usia masih muda memang ujian dan cabaran kepada pasangan suami isteri.

Opss.

Kita sambung lagi selepas iklan murahan tersebut.

Suntikan vaksin adalah langkah terbaik pencegahan.Ujian saringan Pap Smear pula sebagai langkah berjaga-jaga untuk 'detect' pertumbungan sel secara luarbiasa pada permukaan rahim.

Penutup

Jelas di sini mencegah lebih baik daripada mengubati.

Jika masih mahu menggunakan pil perancang sebagai pencegah kehamilan perlulah diambil dengan kaedah yang betul.

Ok.

Itu sahaja dan semoga bermanfat hendaknya.

Sekiranya nak ada anak lagi la bagus.Boleh baca info ini dulu sebelum nak buat  "anak"



14 ulasan:

Hai semua! Ada isu terbaru yang saya baca dari portal berita berkenaan punca rakyat di negara ini menjadi murung. Berdasarkan Kajian Kes...

Punca Rakyat Malaysia Menjadi Murung

Hai semua!

Ada isu terbaru yang saya baca dari portal berita berkenaan punca rakyat di negara ini menjadi murung.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 ada 300 ribu rakyat Malaysia dilaporkan telah mengalami kemurungan.

Berikut adalah penyebabnya :

1.Mood tidak teratur

Biasanya orang perempuan.Lelaki pun ada juga.

2.Faktor keturunan

Memang tidak dinafikan.Jika ada asal usul yang mempunyai pesakit mental tidak mustahil keluarga pun terbabit sama.

3.Ubat-ubatan

Ubat yang telah menghancurkan sistem badan.Paling kronik mengganggu kestabilan kimia dalam otak

4.Penyakit kronik

Mereka yang diuji dengan sakit teruk memang murung.Lebih-lebih lagi jika penyakit yang dideritai berlarutan dalam tempoh yang sangat lama.

Dah selesai satu perkara!

Selain itu saya juga menemui penjelasan yang sangat ilmiah dalam Facebook.Saya kongsikan kembali dengan santai dan ringkas.

Artikel tersebut telah ditulis oleh Puan Hajjah Kamiliah Abu.Beliau merupakan seorang Ketua Pengawai Psikologi Uitm (30/9/2011)



Definisi murung

Seseorang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius sehingga mereka putus harapan,sunyi sangat,sedih melampau dan kepiluan yang ekstrem.

Saya dah tak larat nak senaraikan semua kerana saya pulak jadi murung selepas membacanya nanti.

Punca :

1.Trauma fikiran

2.Masalah kesihatan

3.Masalah berat

4.Meroyan selepas bersalin

Tanda-tanda :

1.Kesunyian yang berpanjangan

2.Sukar untuk tidur

3.Tidur belebihan

4.Tidak bermaya

5.Hilang selera makan

6.Makan berlebihan

7.Sangat senstif

8.Suka menyendiri

9.Rasa bersalah

10.Rasa nak mati

11.Mudah marah

12,Kurang tenteram

13.Suka berkhayal

14.Sukar membuat keputusan

15.Bergantung kepada ubat-ubatan

16.Pelbagai simptom penyakit

Cara mengatasi :

1.Dapatkan bantuan pakar yang berkaitan

2.Dekatkan diri kepada Allah SWT

3.Elakkan hidup bersendirian

4.Menangis sepuas hati

5.Kuatkan semagat

6.Baca buku motivasi


Penutup

Selepas menulis artikel ini saya pula rasa murung.Hati menjadi sepi dan sunyi.Hidup ini bagaikan tidak bererti lagi.

Eleh!

Cakap sahaja tu.

Saya amat menyarankan kepada pembaca yang ada ciri-ciri murung seperti diatas bersegeralah mencari pasangan hidup bagi yang masih solo.

Jika sudah berkahwin carilah malam Jumaat atau malam yang dirasakan indah dan sesuai.

Jangan pulak nak tanya saya nak buat apa pada malam tu ?

Sehingga kita berjumpa lagi.

Saya tinggalkan formula paling ampuh untuk mengelakkan kemurungan bagi orang Islam ialah solat.




8 ulasan:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ! Saya pernah guna tips hilangkan stress ini.Sebab itu saya suka nak berkongsi dalam artikel ini. ...

Tips Hilangkan Stress Dalam Seminit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !

Saya pernah guna tips hilangkan stress ini.Sebab itu saya suka nak berkongsi dalam artikel ini.

Memang terbaik.Amat berkesan kepada mereka yang selalu stress sama ada dirumah atau ditempat kerja.

Tips ini percuma dan tidak perlukan bayaran untuk kalian yang mencuba.

Stress adalah perkara alami.Semua orang yang ada hati dan perasaan akan mengalaminya.Tidak kira kepada mereka hidup senang maupun hidup susah.


Saya yakin golongan yang sentiasa stress dengan cabaran hidup ialah kaum lelaki.Mereka terdedah kepada stress kerana tabiat suka memikir sudut negatif setiap masa dan ketika.Selain itu mereka ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari nafkah siang dan malam.

Saya nak berkongsikan tips hebat ini.Jika stress anda bertambah kronik tolong jumpa pakar kaunseling.Apa yang saya kongsi ini adalah saranan orang biasa.

Orang  biasa yang kebanyakkan memang terdedah kepada stress.

Untuk hilangkan stress yang ringan kalian cuma perlu ikuti apa yang saya kongsikan  ini.Jangan banyak soal.Lagi banyak soal maka lagi stress kepala anda nanti.

Langkah pertama ialan tarik nafas sedalam yang boleh.

Ulangi langkah ini selama 10 kali dengan hitungan 5 saat tarik nafas,tahan  selama 3 saat dan hembuskan perlahan selama 7 saat.

Kalau boleh lakukan dengan menutup mata supaya lebih fokus dan rileks.

Ketika menarik nafas cuba bayangkan perkara-perkara yang baik,positif dan yang indah-indah.

Sekiranya sukar untuk berbuat demikian cuba bayangan udara yang kita sedut dalam bebola buih yang cantik dan berwarna warni .

Kalau saya suka bayangkan gelembung berwarna putih,suci dan bersih.

Bayangkan gelembung atau buih yang berwarna putih ini masuk ke dalam mulut anda satu persatu.

Minda anda akan rasa seronok dan gembira kerana berjaya menelan gelembung tersebut.

Selepas itu pula hembuskan nafas perlahan-lahan sambil membayangkan gelembung yang berwarna hitam atau berduri terlepas dan meletup satu persatu.

Pada ketika itu bayangkan apa yang keluar itu adalah perasaan bosan,sedih,kecewa dan sebagainya.

Arahkan minda untuk lepaskan sebanyak –banyak yang boleh.

Setelah satu minit berlalu kalian cuba katakan pada diri sendiri bahawa kalian ini akan lebih segar,tenang,gembira dan ceria sebaik sahaja membuka mata dalam sesi rawatan diri sendiri tersebut.

Buat hitungan 1 sampai 5.

In Shaa Allah stress yang anda alami boleh beransur surut.

Penutup

Buat selalu dan anda akan lebih mahir.Jangan berputus untuk mencuba dan berlatih sehingga berjaya.

Saya percaya anda semua akan hilangkan stress dalam masa seminit.

Lagipun tak susah.

Cuma  fikiran yang buntu dan hati yang resah sedikit sebanyak boleh menghalang anda untuk mencubanya

Sehingga jumpa lagi.

Salam ceria dan gembira selalu hendaknya.



20 ulasan:

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera ! Saya tertarik untuk mengikuti satu segmen anjuran seorang blogger Azah Rahaman.Kebetulan sekarang...

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera !

Saya tertarik untuk mengikuti satu segmen anjuran seorang blogger Azah Rahaman.Kebetulan sekarang ini saya banyak masa dalam dunia blog dan online.Jadi terdetik dalam hati apalah salahnya menyisihkan sedikit waktu bersama komuniti blogger dari platform Blogspot.

Mungkin mereka tidak mengenali saya dan saya juga tidak mengenali mereka.

Justeru dengan peluang untuk mengikuti segmen "aku seorang blogger" ini akan terjalin ukhuwah dan silaturrahim.Moga-moga dengan niat yang tulus murni akan terbuka pintu rezeki dari pelbagai arah untuk kita semua. 

Aamiin.

Untuk mengikuti segmen ini amat mudah.Paling utama silalah follow blog azahrahaman dan follow Google+ azahrahaman.

Sangat mudahkan.

Sungguhpun begitu saya teruja sebenarnya untuk menceritakan beberapa perkara yang menjadi syarat dalam segmen ini.

Ada empat yang perlu kita kongsikan berkaitan dunia blogger.Itulah yang syoknya.



1.Bila blog ditubuhkan

Saya kenal dunia blog sejak tahun 2009 lagi.Namun keaktifan saya menulis dengan konsisten pada penghujung tahun 2012.

Banyak blog telah saya bina dan salah satu blog utama saya ialah mrhanafi dot com.Namun blog tersebut masih " berehat" sehingga hujung bulan ini.

Jadi lebih molek saya nak ceritakan tentang blog ini sahaja iaitu blog Urat Sihat.Penubuhannya pada Januari tahun 2018 dan merupakan blog terkini yang saya bina sejak bergelar blogger.

2.Maksud nama blog dan URL

Nama blog ini ialah Urat Sihat dan masih menggunakan domain blogspot.Buat masa terdekat belum terfikir lagi untuk mengkomersialkan menjadi dot com atau dot my.

Dari segi maksud, blog ini untuk perkongsian informasi kesihatan  dan niche hubungan intim suami isteri.Memang agak jangkal juga menulis bab 'panas' tetapi segmentasi terkini, saya perhatikan ramai pembaca terdiri dari golongan suami orang dan isteri orang.Tak terkecuali ada segelintir jejaka idaman dan dara pujaan.

Blog Urat Sihat merujuk kepada aliran darah dan itulah aliran nadi kehidupan.Orang sihat lebih bahagia.Untuk sihat perlu kepada informasi berbentuk kesihatan dan sewaktu dengannya

Agak berani juga saya mengenakan tagline "lebih kuat,lebih nikmat".

Terpulang kepada minda pembaca sama ada untuk mentafsir topik dewasa atau topik umum.

3.Pengalaman sebagai blogger 

Sejak tahun 2009 saya mengutip banyak pengalaman pahit dan manis sebagai blogger separuh masa dan kini sudah bergelar blogger sepenuh masa.

Pengalaman ini saya sulam dan saya garap dalam bentuk penulisan dalam beberapa blog.Lebih-lebih lagi dalam blog mrhanafi dot com.

Jika ditimbang tara ternyata pengalaman pahit lebih berat berbanding pengalaman manis dalam dunia blogger.Saya akui pengalaman pahit ada hikmahnya yang tersendiri dan pengalaman manis adalah ganjaran dikemudian hari.

Saya pernah terkilan kerana tidak mampu untuk renew domain blog.Ada 3 domain blog yang tidak dapat saya renew akibat kekangan kewangan.

Selain itu saya telah 'kehilangan keluarga' gara-gara menjadi blogger sepenuh masa.Bayangkan dengan pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi memang sukar untuk menyara kehidupan.

Jangankan nak sara anak isteri,nak sara diri sendiri pun tak lepas.Akibatnya saya terpaksa menjalani kehidupan sebatang kara,Keluarga tidak menerima saya lagi kerana saya tidak memillki apa-apa sekarang ini.

Cabaran ini amat pahit untuk ditelan namun saya redha kerana rezeki itu, Allah SWT yang bagi.Bukan dari blog atau jabatan ataupun majikan maupun bisnes.

Tentu tidak adil juga saya bercerita pengalaman pahit sahaja.Sedikit sebanyak ada juga pengalaman manis untuk kongsikan dalam segmen ini.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah diserap sebagai blogger profesional dalam satu organisasi media dengan pendapatan tetap.

Selain itu saya pernah menerima undangan beberapa NGO untuk menyertai aktiviti mereka.Dengan imbuhan makan percuma,minum percuma dan tiket percuma memang terharu juga rasanya.

Malah sekarang ini saya ada juga dibelanja makan dan minum jika mereka tahu saya seorang blogger.Itulah harga idea dan jenama saya penulis blog.

Dalam bab duit saya agak kebelakang dalam bidang blog ini.Mungkin penulisan belum mantap dan penyampaian idea kurang menyengat menyebabkan kadar trafik blog saya tercorot.

Mungkin masih lemah bab teknikal seperti SEO,template dan setting plug in.

Itupun saya anggap pengalaman manis kerana jika semua blogger berjaya siapalah yang mengisi ruang sebagai blogger kurang berjaya.

Kehidupan ini ada timbal balik dan saya ketika kini terpilih untuk diuji sebagai blogger belum berjaya sebagai 'Freelance'.

4.Nasihat untuk blogger

Perkataan nasihat saya gantikan dengan pesanan.Saya sedar diri bahawa saya tidak layak untuk saya bagi nasihat kepada rakan-rakan blogger yang sudah mengisi slot blogger berjaya.

Saya cuma mampu dan itupun dengan rasa rendah hati ingin berkongsi pesanan berharga kepada rakan-rakan blogger yang senasib dan yang masih baru dalam dunia blogger.

Ingat satu sahaja " dengar apa yang nak dikata dan bukan nilaikan orang yang berkata "

Sepanjang penglibatan saya sebagai blogger saya perhatikan gaya penulisan banyak mempengaruhi kejayaan blogger.Penyampaian mesej yang jelas dan susunan idea yang teratur memberi kefahaman kepada pembaca.

Selain itu blogger mesti aktif menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Youtube.Mereka mengumpul follower sebanyak yang mungkin.

Jangan hairan follower yang ramai adalah prasyarat untuk mendapat slot advertorial,kolaborasi dan review produk.

Blogger wajar berlatih menulis supaya lebih mahir dan sedap dibaca.Template blog dan tahap kelajuan juga diambil kira.

Malah jangan takut untuk belajar SEO supaya artikel kita muncul di enjin carian.Dalam jangka masa panjang amat beruntung jika sudah menguasai bab SEO ini.Jika tidak blog kita cuma dibaca sesama kita sahaja.

Rasanya itu sahaja pesanan saya kerana segan nak bercoleteh panjang.lebar.

Lebih segan lagi kalau pesanan itu cakap tidak serupa bikin,umpama ayam jantan berkokok pagi tetapi ekornya bergelumang dengan tahi..

Cewah macam Karam Sing Walia la pulak.

Penutup

Akhir kata jom la kita sertai #SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!.

Masing-masing pasti ada cerita yang tersendiri untuk dikongsikan.

Mudah-mudahan dengan segmen begini kita kekal berukhuwah dan saling mengenali antara satu sama lain.

Terima kasih dan jumpa lagi.

27 ulasan:

Tenaga batin suami isteri amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga.Suami yang gagah bagaikan arjuna dan isteri yang mantap bagaikan bidada...

Makanan Tenaga Batin Suami Isteri

Tenaga batin suami isteri amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga.Suami yang gagah bagaikan arjuna dan isteri yang mantap bagaikan bidadari.Barulah hubungan lebih nikmat dan lebih seronok.

Nak tahu tak ?

Kalau nak tahu saya kongsikan info untuk makanan tenaga batin suami isteri hasil dari pembacaan saya ke atas beberapa blog.

Menurut blog Butter Kicap berikut ialah makanan yang sangat bagus diambil.Khasnya untuk mereka yang inginkan tenaga batin untuk dikagumi oleh pasangan masing-masing.

Boleh cuba.

Jangan malu-malu untuk perkara kebaikan.

1.Kacang bendi

Sayur yang saya kenali sebagai 'Finger Lady' ini mempunyai vitamin dan zat galian seperti vitamin A, C, K, B6, folat, zink, zat besi, potasium dan magnesium.

2.Tongkat ali

Herba yang sudah sedia dimaklumi oleh kaum lelaki untuk tenaga.Tongkat ali berfungsi untuk  meningkatkan level hormon testeron untuk memastikan tubuh badan segar dan kuat.Ehem!

3.Kayu manis


Saya kalau masak ayam wajib ada kayu manis.Rupa-rupanya kayu manis boleh memanaskan badan baik kepada isteri ataupun suami.Bila badan dah panas tentulah keinginan untuk 'bersama' akan membara.

4.Bawang putih

Tak sangka walaupun bawang putih mempunyai bau yang kurang enak tetapi boleh memberi khasiat melancarkan darah.Tatkala darah semakin lancar mengalir pastinya 'keris taming sari' suami terpacak selalu.

5.Cili

Siapa makan cili dia akan rasa pedas.Memang betul kerana cili ada bahan-bahan yang boleh memberi rasa sensasi pada kulit dan sentuhan.Dengan sentuhan romatis tak susah 'pintu gua' boleh terbuka.Suami pula hanya perlu mendayung penuh  bergaya.

6.Pisang

Ada individu yang nakal sering mengaitkan pisang dengan bentuk organ sulit lelaki.Tak baik begitu.Buah pisang sebenarnya ada sejenis enzim iaitu bromelain yang meningkatkan tenaga batin dan memberikan ransangan asmara yang tinggi.Wow!

7.Cokelat

Saya secara semujadinya suka makan cokelat.Namun belum mampu nak beli selalu.Rupa-rupanya cokelat ada bahan kimia feniltilamin.Bahan ini membangkitkan rasa cinta dan mencintai kepada pasangan untuk beraksi di kamar.Cukup.Jangan lebih-lebih.

Selepas kita mengetahui makanan yang bagus untuk tenaga batin suami dan isteri,jom kita selongkar pula pantang larang untuk kaum lelaki.

Jika boleh berpantang dengan perkara tersebut,saya percaya kelakian anda akan semakin kekar dan mengujakan.Tidak hairan sang isteri menyayangi sang suami sepenuh hati.




Info ini saya perolehi dari blog Maskulin.

1.Jangan minum air berais

Memang tidak dinafikan air yang berais dan sejuk seperti salji sangat nikmat untuk tekak.Namun awas kerana minuman berais akan melembikkan 'burung' lelaki.Akibatnya boleh rasa ngilu ketika beraksi bersama isteri pada malam Jumaat.

2.Jangan amalkan makanan sejuk beku

Kadang-kadang kita sayang nak buang makanan yang tak habis makan malam.Akibatnya kita simpan dalam peti ais.Keesokannya kita panaskan balik.Namun kesan dari cara ini akan menyebabkan 'burung' suami akan muntah awal sebelum penghujung cerita.Agak mengecewakan kalau berlaku.

3.Jangan makan berulam air.

Maksudnya selepas makan terus mimum air.Makan lagi dan minum lagi.Kesannya barang suami akan mudah rasa ngilu terutama pada bahagian 'batang berjuntai' tu.Tak best la kalau begitu.

4.Jangan makan kepak ayam

Kalau pergi ke restoren Uncle janggut putih akan ada seorang gadis cantik bagi tawatan menarik.Nak peha atau nak dada.Sebaiknya pilih sahaja peha dan dada sekali gus.Jangan pilih sayap ayam kerana menurut kepercayaan boleh melemah keris taming sari sang arjuna.

5.Jangan minum air selepas 11.00 malam

Dikatakan boleh melemahkan pinggang dan mendatangkan penyakit serta sengal badan.Betul atau tidak saya tidak pasti.Cuma kalau tidak haus buat apalah nak minum air.Kecuali haus kepada belaian pasangan anda maka saya tiada nak komen apa-apa.

Rasa belum puas pulak pencarian saya terhadap infomasi berkaitan makanan untuk batin suami isteri.

Lantas saya membaca pula blog Seri Cinta.

Berikut ialah amalan baik untuk mereka yang mengutamakan kebahagiaan rumahtangga khususnya dalam hubungan suami isteri.

1.Jangan makan terlebih kenyang

Perut yang sentiasa penuh dengan makanan akan melemahkan batin.Menurut catatan blog tersebut perut yang sering lapar akan menambahkan kekuatan batin.Ikut logiknya macam betul kerana orang yang berbadan ideal mempunyai keupayaan berasrama jauh lebih baik dari mereka yang obesiti.Betul ke atau tidak saya tak berani komen lebih-lebih.

2.Memakan makanan yang banyak sumber zink

Unsur zink menambahkan sel darah merah.Sel ini berfungsi untuk melancarkan sistem reproduksi.Secara tidak langsung tenaga batin  badan boleh bertambah baik dan berada pada tip top.Kalau dah begitu keadaanya, apa-apa posisi hubungan badan tidak akan ada masalah tau!

3.Makan buah-buhan segar

Buah pisang,buah epal dan anggur sangat bagus untuk kesihatan.Lebih-lebih lagi untuk kesihatan batin agar lebih tegak mencanak,lebih juicy dan kekenyalan pada tempat yang tidak boleh saya sebutkan dalam artikel ini.Kalau faham tak pe.

4.Elakkan makanan segera

Sebabnya makanan ini penyumbang kolestrol tidak baik.Badan yang tinggi kolestol akan melemahkan tenaga batin.Berlebihan  kolestrol juga menjemput  'gang and group' penyakit ke dalam badan.Nak sihat jaga kesihatan dengan pengawalan makanan secara teliti.

5.Amalkan pengambilan vitamin c dan sumber protien susu

Gabungan dari dua elemen ini akan meningkatkan sistem pertahanan dan antibodi badan.Senang cerita,badan sihat dan tenaga batin meningkat.Kurangkan juga pengambilan daging merah walaupun ia adalah sumber utama kekuatan batin.Terlalu kuat tenaga batin tanpa kawalan diri boleh juga mendatangkan mudarat kepada diri dan pasangan.

Kesimpulan.

Makanan tenaga batin suami isteri bukan bertujuan untuk aktiviti kelamin semata-mata.Objektifnya lebih dari itu yakni membina kesihatan yang optima.

Badan yang sihat bermula dengan pemakanan yang berzat.

Tentulah tidak keterlaluan saya mendoakan pembaca yang singgah di blog Urat Sihat agar lebih kuat dan nikmat sepanjang hidup mereka sebagai suami dan isteri.

Jika nak tahu lagi boleh juga tengok kisah suami melalui banner bawah ini.



6 ulasan:

Tahukah anda bahawa industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak mentah? Purata pendapa...

Agenda Jahat Dalam Industri Perubatan Moden

Tahukah anda bahawa industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak mentah? Purata pendapatan tahun 2013 untuk industri perubatan ialah melebihi USD 1.32 Trillion.

Oleh kerana matlamat sebenar industri perubatan adalah untuk mengaut keuntungan, maka jangan berharap mereka akan “menyembuhkan” penyakit anda. Anda adalah “pelanggan tetap” mereka.

Perkataan “Cure” atau “Penawar” adalah suatu istilah yang “DI HARAMKAN” didalam kamus kedoktoran dan mereka hanya mahu menggunakan perkataan “Treatment” atau “Berubat”.

Di dalam Bahasa Greek, perkataan “Pharmacy” bermaksud “SIHIR”. Kenapa jadi begitu?



Ubat Sintetik (Tiruan)

Setiap ubat yang dibuat oleh syarikat perubatan (BIG PHARMA) adalah dari jenis sintetik iaitu tiruan (bukan dari bahan semulajadi). Bahan-bahan yang digunakan oleh mereka terdiri dari kimia dan racun yang amat merbahaya.

Ubat tersebut dicipta untuk menghilangkan kesan-kesan sampingan akibat sesuatu penyakit dan bukannya untuk menyembuhkan penyakit. Contohnya ialah ubat untuk penyakit kencing manis.

Ubat kencing manis hanya akan mengurangkan tahap kencing manis tersebut dan bukannya enyembuhkan penyakit kencing manis. Sebab itu para pesakit terpaksa makan ubat untuk sepanjang hayat mereka.

Malah ubat kencing manis tersebut juga akan memberi kesan buruk sehingga mengakibatkan penyakit lain pula akan muncul. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut meninggal dunia.

Antibiotics

Antibiotics ialah sejenis ubat yang akan membunuh kesemua bakteria (yang baik dan jahat) didalam badan kita. Ini akan memberi peluang kepada bakteria jahat untuk bertambah didalam badan kerana tidak ada keseimbangan. Akibatnya ialah kita akan mudah mendapat penyakit seperti kanser, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.

Antibiotics juga boleh mengakibatkan masaalah hilang ingatan atau digelar sebagai “memory loss”.

Bawang putih (garlic) merupakan Antibiotics yang semulajadi dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Amalkan memakan Antibiotics semulajadi iaitu bawang putih (garlic). Antibiotics semula jadi (bawang putih) tidak ada sebarang kesan sampingan untuk kesihatan.

Chemotherapy

Penyakit kanser merupakan punca pendapatan utama industri perubatan moden. Sebenarnya telahpun ada banyak cara semulajadi untuk menyembuhkan penyakit kanser tetapi tidak dibenarkan oleh industri perubatan moden (BIG PHARMA).

Chemotherapy digunakan oleh para doktor untuk “berubat” pesakit kanser. TETAPI chemotherapy mempunyai kesan sampingan yang sungguh dahsyat iaitu ia akan membunuh sel-sel yang sihat, membunuh pesakit dengan cepat, kerosakan sistem pertahanan badan (immune system), dan banyak lagi.

Apabila pesakit kanser itu mati selepas proses Chemotherapy, maka para doktor akan menyalahkan penyakit kanser tersebut dan bukan menyalahkan Chemotherapy.

Chemotherapy merupakan punca keuntungan nombor 1 kepada hospital dan klinik. Dari setiap 100 pesakit, 97 pesakit akan mati kerana Chemotherapy. Hanya 2% hingga 3% sahaja yang akan hidup selepas rawatan Chemotherapy.

GcMAF

Para doktor (yang jahat) amat takut sekiranya pesakit kanser tahu tentang “GcMAF” iaitu rawatan yang menggunakan sejenis protin dalam darah.

Oleh kerana rawatan GcMAF adalah sungguh murah maka para doktor (yang jahat) amat menentang penggunaan GcMAF untuk merawat pesakit kanser.

Di Amerika, lebih dari 50 doktor yang menggunakan “GcMAF” telah dibunuh oleh MAFIA PERUBATAN yang didalangi oleh FDA dan syarikat-syarikat perubatan besar (BIG PHARMA).

Bagaimanakah “GcMAF” melawan kanser?

"Macrophages" adalah "Ketua" dalam sistem pertahanan badan dan akan sentiasa memberikan arahan kepada "Tentera"(immune system), untuk melawan virus.

Virus pula akan menghasilkan "Nagalase" iaitu sejenis enzim yang akan menghalang penghasilan vitamin "D" dalam "Macrophages" dan mengakibatkan "Macrophages" menjadi lemah dan tidak aktif.

Maka pada ketika itu, badan kita pula akan menghasilkan"GcMAF" iaitu sejenis protin dalam darah. "GcMAF" akan menolong untuk mengaktifkan semula "Macrophages".

Para pesakit kanser akan mempunyai "Nagalase" yang terlalu banyak dalam badan mereka kerana "Nagalase"dihasilkan oleh virus. Oleh itu, "Macrophages" tidak akan aktif dan tidak dapat melawan penyakit..

Jadi para doktor (yang baik) akan menyuntik "GcMAF" untuk mengaktifkan semula "Macrophages" supaya dapat melawan penyakit kanser.

Suntikan Vaksin

Setiap vaksin (MMR, Tdap, Dtap, Gardasil dan sebagainya) terdapat didalamnya sel manusia yang diambil dari bayi yang mati akibat keguguran. Apabila sel ini disuntik kedalam badan manusia, maka sistem pertahanan badan (immune system) akan menganggapnya sebagai benda asing dan akan menyerang sel tersebut.

Apabila ini berlaku, maka sel badan kita juga akan dianggap sebagai benda asing oleh sistem pertahanan badan kita. Maka peluang untuk mendapat penyakit kanser dan juga berbagai penyakit lain adalah tinggi.

Didalam vaksin juga terdapat virus yang telah diubahsuai oleh saintis (yahudi illuminati) dan virus tersebut boleh menyebabkan manusia menjadi bodoh dan tidak mampu untuk mengurus diri sendiri, contohnya ialah penyakit “Autism”.

Virus adalah ciptaan manusia

Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (yahudi illuminati) dan dibuat didalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut.

Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.

Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?

“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. (penduduk bumi kini ialah 7.3 biliion).

Bidang kedoktoran telah digunakan oleh “yahudi illuminati” untuk menjayakan “Agenda 21” dari United Nations.

Kesimpulan

Allah S.W.T. telahpun menciptakan “Cure” atau “Penawar” untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk semulajadi seperti herba-herba, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Amalkan memakan herba-herba, sayur-sayuran (yang tidak beracun), dan buah-buahan (yang asli dan bukan GMO).

Berikut adalah herba-herba yang sesuai untuk “penawar” penyakit:

1) Darah tinggi (High blood pressure): Bawang putih (garlic), jus limau suam (warm lemon juice), Pisang (banana), tembikai (watermelon),Hempedu Bumi
2) Sakit kepala (Migraine): Halia dan limau (ginger with lemon).
3) Demam (fever): Jus limau (lemon juice), halia (ginger).hempedu bumi
4) Kanser (Cancer): Daun ganja (marijuana), Halia (ginger), bawang putih (garlic), Daun semambu (neem leaves),
5) Sakit mata (eye problem): Kurma (dates) ,Lobak merah (carrot).
6) Cirit-beret (Diarrhea): Bawang putih (Garlic).
7) Gastrick: Air kelapa (coconut water), Kurma (dates).
8) Asthma: Pisang (banana), bawang putih (garlic), hempedu bumi
9) Alzheimer: Minyak kelapa (Coconut oil).
10) Batuk (Cough): Jus nenas (pineapple juice), Bawang putih (garlic).
11) Gout: jus nenas (pineapple juice), daun rerama (butterfly leaf plant).
12) Sakit jantung (heart disease): Lobak merah (carrot).
13) Sakit perut (stomach ache): Bawang putih (garlic), halia (ginger).
14) Kencing manis (Diabetes): Bawang putih (garlic), halia (ginger). Daun semambu (neem leaves), hempedu bumi

Penulis asal :  Dr Muhammad Mat Tan.

*Sumber Group Whatsapp

*Benar atau palsu saya tidak dapat pastikan.Cuma sebagai ingatan dan panduan memang wajar kita berhati-hati dengan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan.

12 ulasan:

Salam dan selamat sejahtera! Terlebih dahulu mohon maaf kepada pembaca blog saya, mrhanafi dot com kerana blog tersebut tidak dapat diakse...

Domain Blog Utama Habis Tempoh

Salam dan selamat sejahtera!

Terlebih dahulu mohon maaf kepada pembaca blog saya, mrhanafi dot com kerana blog tersebut tidak dapat diakses untuk beberapa minggu yang akan datang.

Sebabnya saya belum perbaharui domain dan hosting blog tersebut.

Alang-alang tunggu gaji hujung bulan dan harap bajet pula mencukupi.

Lamanya.



Apa boleh buatkan.

Rezeki belum memihak kepada saya sejak kebelakangan ini.

Rezeki lebih maka kelancaran pada blog berada  ditahap terbaik.

Buat masa terdekat ini kita layan dulu blog Urat Sihat ini.

Tak lah rindu sangat pada penulisan saya kan..

Cuma blog ini  khusus kepada perkongsian kesihatan.

Sekian harap maklum.


22 ulasan: